Click jew.. Tak kena bayar pon.

01 Januari 2012

Welcome 2012!

Assalamualaikum.


   Selamat menyambut tahun baru 2012. Dek oleh kerana aq tgk sume orang nak buat entry pasal tahun baru jee bukan stakat kat blog kat fesbuk pon same dari semalam tak habes-habes update status pasal tahun baru, azam baru sumenye nak baru lahh.So, aq pon tanak ketinggalan tuk wat entry pasal nie =).. Walaupon da agak lewat sikit kan aq karang entry neh tapi aq nak post jgk.
   Aq rase sangat² bersyukur sebab masih hidup di bumi Allah s.w.t yang indah nie. Aq bukan lah sorang insan yang hebat, bukan seorang anak yang baik, juga bukan seorang isteri yang solehah setelah 1 bulan 2 minggu menjadi isteri yang sah kepada en.suami.. Aq hanya seorang hamba allah s.w.t yang lemah dan sangat kerdil di sisinya.. 
   Dan dengan ini saya berazam ..TOING! adeh, sape baling batu nie? err err =,=' #lagi nak bajet macam tgh baca rukunegara kan, amek kau da kena baling batu.. Berbalik cerita asal, dan kerana aq bukanlah seorang insan yang sempurna maka aq akan cuba jadi yang terbaik untuk bangsa dan negara.. adeh,okeh okeh tak memaen dah.. untuk parents untuk hubby untuk sahabat and untuk diri aq sendiri..
   Bukan hanya cuba untuk jadi yang terbaik.. Bahkan aq juga akan cuba untuk lebih menghargai orang² yang ada di sekeliling aq. Sounds hard but i'll try my best. And aq harap aq akan lebih tabah dalam mengarungi liku² kehidupan dalam tahun 2012 nie.InsyaAllah.
   Dan sebagai penutup entry, insyaallah moga segala azam yang telah dibuat akan terlaksana dengan jayanya..Juga untuk azam korang sume. aminn ya rabbal al amin..
Sekian.

P/s : kenapa perlu banyak UNTUK erk entry kali nie?.